Pengenalan
Assalamualaikum wbt dan salam
sejahtera pada para pembaca Pustaka Al-Faatihah, Dungun. Kebanyakan dokumen
kita pada hari ini masih lagi banyak menggunakan kertas dan ada sesetengah
dokumen tersebut adalah penting untuk kita jaga dan pelihara kerana kita akan
menggunakannya sampai bila bila. Contoh dokumen penting yang perlu kita jaga
adalah seperti sijil kelahiran, sijil kelayakan UPSR, PMR (PT3), SPM, Sijil di
Universiti, sijil professional dan lain-lain.
Ini penting kerana jika berlaku
apa-apa, proses menggantikannya amatlah leceh dan ada sesetengah dokumen itu
tiada penggantinya. Jadi antara cara terbaik menjaga dokumen tersebut adalah
dengan laminate dokumen tersebut. Berikut adalah kelebihan dan kepentingan
laminate dokumen tersebut
Sumber: Google
1. Mengelakkan ia daripada terkoyak
Seperti semua maklum, dokumen
penting kita dibuat daripada kertas dan
ianya sangat lembut dan mudah koyak apabila terkena benda tajam atau terpijak. Jadi,
anda pasti tidak dapat menjangka apabila segelas air atau kuah tiba-tiba tumpah
ke atas dokumen anda, lebih-lebih lagi jika anda nak gunakan pada keesokan
harinya! Oleh itu, laminate boleh mengurangkan tekanan pada anda secara tidak
langsung. Tumpah air pun di atas dokumen yang telah dilaminasikan pasti boleh
dilap semula tanpa menjejaskan dokument tersebut.
2. Kekalkan kondisi yang tip-top
Proses laminasi pada dokumen juga
mampu mengekalkan kondisi dokumen itu pada tahap yang terbaik meskipun telah
bertahun lama disimpan. Pastinya anda pernah lihat dokumen-dokumen lama menjadi
warna kekuningan dan tulisan menjadi pudar kerana terdedah pada persekitaran
yang tidak menentu manakala dokumen yang telah di-laminate-kan tidak akan
berlaku isu seperti ini.
3. Mengelakkan ia daripada dironyok
Selain itu, laminate juga mampu
melindungi dokumen anda daripada dironyok oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Melalui kaedah ini, anda bukan sahaja mengelakkan ia daripada
dironyok malah melindungi permukaan dokumen daripada tercemar daripada kotoran
yang ada pada tangan orang lain.
4. Kalis Air, Habuk dan Kotoran
Sepertimana yang telah dinyatakan
beberapa sebab di atas, beberapa point menyatakan bahawa ia mampu mengelakkan
daripada dibasahi atau terkena kotoran di tangan. Ternyata proses laminasi
mampu menjadi “pelindung” kepada kertas kerana tujuannya ia mampu melindungi
kertas daripada basah, pudar dan kotoran luar! Jika anda mempunyai dokumen
seperti sijil kelahiran atau sijil SPM mahupun sijil Diploma Ijazah, anda haruslah
menggunakan laminate bagi melindungi dokumen-dokumen penting tersebut.
5. Meningkatkan dan Mengekalkan Kualiti Dokumen
Terakhir sekali, laminate bukan
sahaja bertindak sebagai benteng malah ia mampu bertindak sebagai agen yang
mampu meningkatkan lagi kualiti dokumen tersebut! Proses laminasi menjadikan
warna lebih terang dan akan menjadikan dokumen anda lebih menarik perhatian.
Kesimpulannya
Jika anda berkemampuan untuk memiliki
sebuah mesin laminasi, saya amat syorkan anda untuk laminate dokumen-dokumen
penting anda. Laminate muncul dalam pelbagai saiz dan anda hanya perlu cari
saiz yang bersesuaian dengan dokumen anda di kedai alat tulis terdekat anda.
Jika anda tidak mempunyai mesin laminate, anda boleh kunjungi kedai kami di Sura Gate, Dungun untuk laminate dokumen anda. Warga Dungun jangan terlepas peluang untuk menggunakan servis laminate yang kami sediakn. Harga ditawarkan amatlah berpatutan pada bajet anda! Hubungi kami di 0199604243 untuk info lanjut . Anda boleh lihat di mana kedai kami dengan menekan LOKASI KEDAI.
0 comments:
Post a Comment