Dalam menjelang tahun 2020, zaman ini dikatakan zaman yang maju dimana kita sering dengan telefon pintar yang memudahkan kita berhubung tanpa batasan, selain digunakan untuk menyimpan dan merekod apa sahaja yang kita mahu.
Namun, kertas juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seharian kita. Kita perlukan kertas untuk merekod catatan samada di sekolah, pejabat, tempat aktiviti dan lain lagi. Walaupun emel menjadi medium mudah untuk kita berhubung, surat rasmi juga masih menggunakan kertas.
Oleh itu, patut kita tahu mengenai sejarah dan info berkaitan dengan kertas dan ianya bagus untuk pengetahuan kita. Ikuti 10 info menarik berkenaan kertas yang kita tidak tahu.
1. Kertas dipanggil 'Qirtas' dalam bahasa Arab iaitu kepingan Papirus.
2. Bahasa Inggeris disebut 'paper' merujuk kepada perkataan latin 'papyrus'.
3. Kertas telah berumur hampir 2000 tahun.
4. Kertas telah dicipta oleh orang China kira-kira 105 A.D. dan dirahsiakan selama beberapa tahun.
5. Lembaran kertas buatan tangan terbesar dibuat oleh pelajar MColegio Salesiano Don Bosco de YpacaraĆ (Paraguay) di YpacaraĆ, Paraguay pada 7 Ogos 2015 (rekod dunia Guinness).
6. Origami, iaitu seni lipatan kertas dibangunkan pada abad ke-17 dan menjadi lebih popular di seluruh dunia pada tahun 1900-an.
7. Setiap tan kertas yang dikitar semula menyelamatkan 20 pokok, tiga cubic padu ruang tapak pelupusan, 7000 gelen air dan mengurangkan pencemaran udara sebanyak 73% daripada membuat kertas dari bahan-bahan baru. Ia juga menjimatkan tenaga yang cukup untuk kuasa rumah biasa selama 6 bulan
8. Tidak semua kertas dibuat dari kayu, ada yang dibuat dari potongan kain (kain perca), dan wang kertas dibuat dari 'cotton fibre' (menjadikannya lebih tahan lama daripada kertas biasa).
9. Beg kertas mengambil dua kali ganda jumlah tenaga untuk dibuat daripada beg plastik.
10. Hampir separuh (42%) daripada pembalakan balak global dilakukan hanya untuk proses menjadi kertas.
11. Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas menggantikan straw plastik.
Itulah info menarik yang dapat dikongsikan. Para pembaca boleh kongsikan pendapat di bawah atau kongsikan artikel ini pada orang ramai.
0 comments:
Post a Comment